01 May 2012

Jadual Spesifikasi Ujian

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Ia amat perlu dilakukan oleh guru bagi menentukan kebolehpercayaan sesuatu ujian. Keupayaan guru menguasai JSU ini akan menentukan langkah seterusnya agar Peperiksaanj Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi satu kenyataan dan membantu pelajar menikmati dan menjalankan peperiksaan berasaskan sekolah sama standard dengan peperiksaan awam
 Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu.
Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
• Bentuk dan panjangnya ujian
Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

KURSUS DAN BENGKEL BERKAITAN BERJALAN SELAMA 3 JAM

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN KURSUS SERTA BENGKEL BERKAITAN DENGAN JSU
SILA HUBUNGI :
DZULKEFLE BIN MOHD RAZALI
SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM II,
32100 LUMUT, PERAK
TEL : 019-4805975

No comments:

Post a Comment